Monday, August 11, 2008

Kecergasan Berasaskan Kelembutan/Kelenturan

PENGENALAN

Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam membantu seseorang menjalani kehidupan sihat dan bertenaga di samping sihat daripada aspek-aspek kesihatan yang lain, seperti mental, emosi, sosial dan kerohanian. Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.

Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.

Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuan serta peningkatan tahap kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukan prestasi tinggi.





KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR
b. DAYATAHAN OTOT
C. KEKUATAN OTOT
D. KOMPOSISI BADAN
E. KELEMBUTAN


2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI
b. IMBANGAN
c. KETANGKASAN
d. KUASA
e. MASA TINDAK BALAS
f. KEPANTASAN


Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.
Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurang dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki. Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.
Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikan oleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yang terkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai lemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan fleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang tercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.
Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini. Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk menghasilkan daya yang maksimum.
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan pada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).
Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut antara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut pergerakan melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar biasa. “Muscle Boundness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.
Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss, 1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan sukan.
Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran Kelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar bahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif. Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubung dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian ‘split’ di mana jarak pengukuran antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.
Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut. Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain yang dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan pengukuran dalam bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau jangka flekso.



Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )

Definisi kelenturan

Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi. Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ‘artikulasi’ dan penyambung otot.
Sejarah
Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Cureton memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton memperkenalkan ‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Pada tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan ‘Sit and Reach Test’.

Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon daripada segi skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk 4 sukan dan tarian. Pada tahun 1972, B.L. Johnson telah memperkenalkan alat ‘flexomeasure’. Pada tahun 1975, Myers mengubah suai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkan ke dalam YMCA. Pada tahun 1976, Goodin ; Pollock telah memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA.

9 comments:

Anonymous said...

tahniah cikgu hazim..semoga hasil usaha dapat dimanfaatkan oleh semua..

candyping said...

tolong huraikan bagaimana senaman dapat meningkatkan kecergasan,ketangkasan dan koordinasi murid??

Anonymous said...

bleh tak nak mnta penerangan ttg bateri ujian bagi setiap kecergasan..

Unknown said...

tahniahlah cikgu di atas segala usah yang cikgu telah sumbangkan di sini lain kali bubuhlah rujukan sekali barulah nampak ilmiah cikgu punya hasil penulisan leh gak wat panduan kepada adik-adik yang nak belajar menulis key jangan putus asa

Zk Channel said...

jom singgah blos saya juga

Zk Channel said...

Blog saya http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/

Noor Yusmiaina said...
This comment has been removed by the author.
Noor Yusmiaina said...

salam,saya ada pertanyaan berkaitan dgn sendi iaitu jika jangkauan melunjur ianya melibatkan sendi pd bahagaian mana dan juga duduk cangkung dgn sokongan dihujung jari kaki serta tapak tangan? boleh bantu saya....

ofeliaeastmond said...

Betfair Casino Review | Dr.MD
This casino review will help 창원 출장안마 you 대전광역 출장마사지 find all you need 문경 출장마사지 to know before you play. We've got 전주 출장샵 all your secrets plus much more in this Betfair 오산 출장샵 casino review. Rating: 8.4/10 · ‎Review by drmcd